X
POLIS mengangkat mayat mangsa yang mati dibunuh pagi tadi.
POLIS mengangkat mayat mangsa yang mati dibunuh pagi tadi.

Melaka: Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar berusia 34 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah kedai dua tingkat di Taman Selendang, Batu Berendam, di sini, pagi tadi.

Difahamkan mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan terlentang di atas tilam kira-kira 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka pada badan mangsa.

"Lelak[i itu dipercayai mati dibunuh dalam tempoh 24 jam dan ketika ditemui, terdapat sebilah pisau sepanjang enam inci berhampiran mayatnya," katanya.

Justeru pihaknya kini giat memburu suspek dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 1:36 PM