SUSPEK yang juga penyanyi direman polis.
SUSPEK yang juga penyanyi direman polis.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang: Seorang penyanyi lelaki, 36, yang pernah popular pada awal 90-an ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyanyi terbabit ditahan di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Bussiness Park, Hulu Kelang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan badan tidak menemui apa-apa barang salah.

"Suspek kemudian dibawa ke balai polis dan hasil ujian air kencing dan didapati positif.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ketika kejadian, dua wanita turut bersama penyanyi itu.

Suspek sebelum ini pernah memenangi tempat ketiga dalam satu program realiti terbitan sebuah televisyen swasta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 12:53 PM