HAMILTON pada sesi latikan kedua. FOTO AP
Oleh Saiful Affendy Sapran

Sepang: Lewis Hamilton mencatatkan masa terpantas 1 minit 39.790 saat pada sesi latihan kedua saingan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Juara dunia dari pasukan Mercedes AMG Petronas itu mencatatkan masa itu pada pusingan ke-16.

Pemandu Ferrari Kimi Raikkonen menduduki tempat kedua, ketinggalan 0.373 saat.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg pula yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama, mencatat masa ketiga terpantas di sesi latihan kedua.

Untuk rekod, Hamilton adalah juara bertahan pada musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 5:14 PM