PEMANDU Red Bull Racing ketika sesi latihan kedua di Sepang. Pasukan Red Bull serta Toro Rosso menggunakan enjin Renault bagi musim F1 tahun ini. FOTO EPA
PEMANDU Red Bull Racing ketika sesi latihan kedua di Sepang. Pasukan Red Bull serta Toro Rosso menggunakan enjin Renault bagi musim F1 tahun ini. FOTO EPA

SEPANG: Pengarah Urusan Renault, Cyril Abiteboul mendedahkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menarik diri penglibatan mereka dalam Formula Satu (F1) selepas reputasi buruk antara Renault dan pasukan Red Bull.

Abiteboul berkata, pasukan ini sedang menilai beberapa pilihan termasuk membeli pasukan atau lebih teruk menarik diri daripada F1.

Renault adalah pembekal enjin kepada pasukan Red Bull.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami akan mengkaji banyak opsyen termasuk menarik keluar daripada Formula 1.

"Saya fikir keutamaan pertama ialah mendapatkan jentera dalam keadaan baik. Kita telah menyaksikan di Melbourne bahawa ia bukanlah permulaan musim yang kami jangkakan, baik di trek atau pun di luar trek, jadi sebelum memulakannya, kami perlu memikirkan tentang kereta, saya fikir kita perlu memastikan enjin di bawah kawalan, jadi itulah keutamaan pada masa ini.

"Jika kita boleh melakukannya, kita perlu mengkaji situasi dari perspektif strategik dan pemasaran dan mengkaji jika terdapat apa-apa lebih baik untuk lakukan daripada apa yang kita lakukan sekarang.

"Daripada lebih tumpuan kepada Formula Satu kepada kurang fokus kepada Formula Satu, tetapi buat masa ini, kita memberi tumpuan kepada apa yang kita lakukan," katanya.

Renault adalah satu daripada empat lagi pembekal enjin kepada F1 selain Mercedes, Ferrari serta Honda dan ketiadaan mereka pada masa depan tentu akan memburukkan lagi perlumbaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 1:04 AM