AZMAN (tengah) menunjukkan dadah yang ditemui dalam kereta dinaiki suspek.
Oleh Ibrahim Isa

Muar: Penahanan seorang artis lelaki berusia 37 tahun yang juga anak kepada seorang dramatis dan rakan lelakinya berusia 27 tahun dalam satu sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini, kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin, dipercayai mempunyai kaitan dengan cubaan memindahkan makmal dadah ke Pagoh.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas polis di sekitar Lembah Klang dikatakan berjaya mengesan tindakan artis itu termasuk menahannya dalam kejadian 5 Mac lalu bersama seorang wanita, selepas menemui dadah jenis methamphetamine anggaran berat 9.33 gram.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, andaian itu berdasarkan penemuan dadah jenis syabu seberat lebih 1.3 kilogram dan beberapa barangan lain yang didapati digunakan untuk memproses dadah jenis berkenaan.

“Berdasarkan bukti sedia ada, penahanan dua suspek dan barangan yang ditemui, kami percaya ada usaha untuk memindahkan atau membuka makmal dadah di daerah ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 6:48 AM