NELAYAN warga asing yang ditahan dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Kuantan: Dua bot nelayan Vietnam dan Thailand dengan dua tekong dan 10 awak-awak ditahan ketika mencuri khazanah kapal perang British era Perang Dunia Kedua di perairan berhampiran Pulau Tioman, dekat sini, Sabtu lalu.

Mereka yang berusia antara 15 dan 47 tahun ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) di 45 batu nautika dari pulau berkenaan.

Komander Memerintah KD Pahang, Komander Nikmat Azhar Mahmud berkata, pihaknya melakukan pemantauan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti bot berkenaan daripada markas operasi dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, Jumaat lalu.

“Ketika kejadian jam 1 petang itu, kami melepaskan enam das tembakan amaran dalam usaha menahan bot terbabit. Bot pertama ditahan jam 1.52 petang dengan seorang tekong warga Thailand.

“Bot kedua ditahan dengan seorang tekong dan 10 awak-awak Vietnam, ditahan 10 minit kemudian, enam batu nautika dari lokasi tangkapan pertama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:37 AM