PELUMBA Sepanyol, Esteve Rabat dari pasukan Marc VDS Racing Team akan bermula dari petak pertama, esok, selepas mencatat masa terpantas dua minit 7.429 saat pada pusingan kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2014 di Litar Sepang, di Sepang, hari ini.

Rakan sepasukannya, Mika Kallio (Finland) menduduki tangga kedua dengan 2:07.587s, sementara pelumba Jerman Sandro Cortese dari Dynavolt Intact GP di tempat ketiga dengan masa 2:07.706s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 8:31 PM