Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Kuantan: Polis Pahang menahan tiga individu termasuk ibu dan anak dipercayai pengedar dadah bersama-sama 4.5 kg heroin di Bandar Jengka, Maran, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali, berkata, siasatan mendapati dadah berkenaan diperoleh dari Kuala Lumpur untuk dijual di Maran, Temerloh dan Jerantut.

"Suspek wanita berusia 42 tahun adalah ibu kepada suspek lelaki berusia 21 tahun dan kedua-duanya disahkan positif dadah manakala suspek wanita berusia 19 tahun adalah teman wanita suspek lelaki.

"Kesemua suspek ditahan reman mulai semalam sehingga 7 April bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya pada sidang media di IPK di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 3:05 PM