Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Syarikat telco akan tetap mengenakan caj enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kad tambah nilai prabayar masing-masing namun, pada masa sama menawarkan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih RM1 kepada mereka yang melanggan perkhidmatan itu.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan dilakukan di antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi; JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri; Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pagi tadi.

Beliau berkata, persetujuan itu berkuatkuasa hari ini dan akan berterusan selama tempoh tiga bulan akan datang sebelum perbincangan lanjut dilakukan samada ia akan diteruskan atau dikaji semula.

"Kami ingin jelaskan bahawa kad tambah nilai prabayar dikenakan GST namun, orang ramai akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan SMS melebihi RM1," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 6:02 PM