NORAZRI ditemani isteri dan anak tunggal ketika ditemui di rumah.
NORAZRI ditemani isteri dan anak tunggal ketika ditemui di rumah.
Oleh Norjuliana Yaacob

Sik: Walaupun pernah dicemuh masyarakat kerana menanggung suami yang lumpuh dari paras badan hingga ke kaki, namun ia langsung tidak memberikan kesan kepada seorang wanita bagi memastikan kasih sayang kekal ke akhir hayat.

Malah, wanita itu Rohani Yahaya, 39, dari Kampung Felda Teloi Timur, di sini, juga tidak mengeluh, malah sentiasa menjaga suaminya Norazri Ismail, 40, yang mengalami kecacatan kekal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2001 lalu.

Ini berikutan lelaki berkenaan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda menyebabkan urusan kehidupan keluarga termasuk anak tunggal mereka Mohd Najmi, 14, hanya bergantung kepada pendapatan Rohani yang bekerja di sebuah kilang di Kulim.

Rohani berkata, walaupun berdepan kesukaran, namun dia menganggap dugaan yang dialami keluarganya sebagai cabaran dalam hidup mereka.

Menurutnya, tahun pertama suaminya terbabit dalam kemalangan detik paling getir di dalam hidup kerana terpaksa menanggung perbelanjaan termasuk membeli lampin pakai buang untuk lelaki itu selain anak lelakinya dengan pendapatan hanya RM600.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 7:54 AM