DARI kiri Zung, Datuk Lee Chong Wei, Naib Presiden Mobile, IT & Pengimejan Digital Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang, Sazzy Falak dan Tengku Djan Ley pada pelancaran Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge.
DARI kiri Zung, Datuk Lee Chong Wei, Naib Presiden Mobile, IT & Pengimejan Digital Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang, Sazzy Falak dan Tengku Djan Ley pada pelancaran Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge.

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics kini membuka tempahan untuk telefon pintar terbarunya, Samsung S6 dan S6 edge pada harga RM2,599 dan RM3,099 sebelum ia mula memasuki pasaran pada 17 April ini.

Ketua Pemasaran Bahagian Produk Mudah Alihnya, Luke Au berkata, keempat-empat syarikat telekomunikasi utama seperti Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile turut mempakejkan produk terbabit dengan pelan masing-masing.

“Kami juga memperkenalkan program VIP khas kepada pengguna Samsung yang memperoleh tiga manfaat termasuk talian, penghantaran dan perkhidmatan khas kepada pelanggan kami,” katanya pada majlis pelancaran S6 dan S6 edge di Kuala Lumpur, semalam.

Kedua-dua peranti terbabit dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, Exynos dengan rekaan teknologi 14mm yang lebih efisien tenaga serta berprestasi tinggi di samping RAM 3GB DDR4 lebih pantas daripada biasa digandingkan bersama setoran UFS2.0 dikhabarkan lebih laju daripada storan eMMC 5.0 yang biasa.

Galaxy S6 ini bukan saja kuasa dalaman malah reka bentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem apabila Samsung menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri.

S6 turut diberi binaan baru dengan penggunaan kaca Corning Gorilla 4 bukan saja di depan tetapi di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

Manakala S6 Edge tampil dengan rekaan lengkung di kiri dan kanan membuka inovasi mantap dari syarikat Korea terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 8:32 AM