SYATILLA Melvin.
SYATILLA Melvin.
FINALIS Dewi Remaja 2014/2015 bersama Pengurus Saluran Astro, Raqim Ahmad (duduk dua dari kiri).
FINALIS Dewi Remaja 2014/2015 bersama Pengurus Saluran Astro, Raqim Ahmad (duduk dua dari kiri).
Oleh Michelle Gun


Meskipun dia antara gadis jelita yang pernah menyertai Dewi Remaja 2010, tetapi Syatilla Melvin akur namanya hanya dikenali selepas tiga tahun pertandingan itu berakahir.

Bakat lakonan Syatilla, 24, mula menjadi perhatian selepas dia membintangi drama BFF Teman Tapi Mesra. Sejak itu, Syatilla aktif mengatur langkah.

“Kalau diingatkan semula pembabitan awal, saya memang kekok beraksi di hadapan kamera. Banyak perkara yang saya tidak tahu untuk lakukannya.

“Namun pengalaman banyak membantu saya selepas beberapa kali mendapat peluang membintangi drama,” katanya.

Menurut pelakon itu, semangatnya untuk terus berusaha dalam bidang lakonan turut dipengaruhi soko–ngan keluarga terutama ibu.

“Ibu saya pendorong utama yang banyak memberi semangat kepada untuk memperbaiki setiap lakonan yang dipersembahkan.

“Dia yang menyokong saya menyertai Dewi Remaja, malah turut membantu mengisi borang penyertaan,” katanya ketika di Majlis Pelancaran Pertandingan Dewi Remaja 2014/2015, di ibu kota, petang kelmarin.

Syatilla berkata, ibunya juga menyimpan hasrat untuk melihat dia muncul berlakon di kaca televisyen.

Pernah dikaitkan dengan pelakon popular Shaizey Sam, gadis jelita ini bagaimanapun sekadar mengakui rapat dengan seseorang.

Enggan berbicara lanjut mengenai kisah peribadinya, Syatilla yang bakal membintangi drama Dia Isteri Luar Biasa berkata, dia lebih selesa jika peminat mengenali bakat lakonannya.

Erra Fazira dilantik juri pertandingan

Musim baru Dewi Remaja 2014/2015 menyaksikan 18 finalis jelita iaitu Kate Davies, Deja Eshrina, Deeba Halil, Annees Sofea, Puteri Aishah, Nana Gomez, Fatin Amira, Nia Hanem dan Raysha Rizrose.

Turut lulus sesi saringan adalah Syamim Farid, Farah Ibrahim, Qish Maarif, Tya Shahid, Natrah Khalid, Zamrina Zamrim, Mawar Rashid, Elu Dura dan Fify Azmi.

Pertandingan itu juga boleh disaksikan menerusi kaca televisyen dan ditayangkan setiap Sabtu, 8.30 malam di Astro Ria dan Maya HD bermula esok. Manakala juara Dewi Remaja 2014/2015 akan diumumkan pada 23 Mei ini.

Bagi menghangatkan lagi Dewi Remaja musim ini, bekas juara Hero Remaja 2008, Kamal Adli dan pengacara hlive! She Nabilla selaku pengacara program.

Lebih menarik, selebriti popular Erra Fazira dan Edry Abdul Halim dilantik sebagai juri tetap. Selain itu, seorang juri jemputan diundang pada setiap minggu berdasarkan cabaran yang diberikan.

Menggunakan congan kata Pesonakan Bintangmu, sesi uji bakat pada Ogos lalu menyaksikan kehadiran seramai 984 peserta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 12:09 PM