Pening kepala teman Cik Pang bila fikirkan cara nak gabungkan dua selebriti jelita pasangan adik-beradik ini. Siapa lagi kalau bukan pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose.

Kata teman Cik Pang, sudah beberapa kali dia cuba mendapatkan mereka berdua untuk sesi fotografi, tapi tak berjaya. Walaupun ada juga percubaan mendapatkan mereka hampir berjaya, tiba-tiba mesti akan ada perubahan dengan pelbagai alasan. Seolah-olah Nelydia dan kakaknya, Uqasha tidak bertemu sebagai adik-beradik.

Teman Cik Pang ada juga utarakan cadangan supaya kedua-dua mereka berbincang untuk mendapatkan tarikh sesuai. Yalah, kalau difikirkan secara logik, mereka berduakan adik-beradik. Jadi mesti masing-masing sentiasa berhubung.

Kata teman Cik Pang lagi, Uqasha paling susah nak beri komitmen. Sebenarnya, kalau diikutkan pengalaman teman Cik Pang lain sebelum ini, Uqasha susah untuk beri kerjasama berbanding adiknya, Nelydia.

Tak hairanlah, antara dua beradik itu, Uqasha paling selalu mendapat liputan gosip dan cerita tak manis. Dari gosip bercinta, putus cinta dan kembali bercinta.

Setakat ini, tak pastilah sama ada teman Cik Pang berjaya gabungkan mereka atau tidak. Apa sekalipun, Cik Pang doakan semoga teman Cik Pang banyak-banyak bersabar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 5:10 AM