Oleh Mohd Fadly Samsudin

Semenyih: Laporan awal nahas helikopter AS365 dijangka keluar dalam tempoh tujuh hari selepas siasatan terperinci dijalankan.

Pengarah Operasi Penerbangan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Yahya Abdul Rahman berkata, wakil DCA akan ditempatkan di lokasi setiap hari sehingga proses siasatan selesai.

"Hari ini, tiga wakil DCA dan dua pegawai kementerian pengangkutan sudah masuk ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

"Tinjauan yang pihak kami lakukan dari udara sebentar tadi tidak menunjukkan helikopter berkenaan melanggar apa-apa objek kerana ia terbang pada ketinggian 457.2 meter," katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih dijalankan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan punca nahas berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga akan menjemput penyiasat luar iaitu wakil daripada syarikat Airbus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 11:53 AM