Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan helikopter AS365 adalah dalam keadaan baik dan menggunakan laluan yang betul serta selamat untuk diterbangkan.

Beliau berkata, kali terakhir helikopter berkenaan diselenggara pada 9 Februari lalu oleh Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd.

"Malah, lesen untuk terbang bagi helikopter itu sudah diperbaharui pada 13 Februari lalu serta sah sehingga 8 Februari 2016," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berhubung kotak hitam, Liow berkata, ia akan dihantar ke Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), United Kingdom dalam masa terdekat untuk dianalisis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 10:23 PM