Skip this ad x
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Arang sememangnya diketahui mempunyai pelbagai kegunaan termasuk sebagai bahan dalam kebanyakan produk kecantikan. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu rahsia untuk kesihatan yang baik adalah arang aktif.

Walaupun arang disesuaikan dengan pelbagai penggunaan hari ini, sebenarnya arang wujud beribu-ribu tahun dulu, contohnya, digunakan sebagai sistem penapisan air minuman dan juga membuat topeng gas penghalang gas toksin berbahaya.

Justeru, boleh disimpulkan bahawa arang adalah agen detoks untuk badan dan kulit. Tahukah anda, arang mempunyai 200 kali keupayaan untuk menyerap minyak daripada mana-mana bahan lain?

Fakta menarik! Satu gram arang aktif mempunyai keluasan permukaan penyerapan 5,000 kaki persegi, malah dari badan ke kulit, manfaat arang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Empat manfaat arang untuk kesihatan termasuk untuk kegunaan detoksifikasi, kesihatan kulit yang lebih baik, pembersihan sistem pencernaan dan untuk gigi lebih bersih dan mulut sihat.

Di Malaysia, makanan sentiasa menjadi budaya kegemaran ramai, namun sesetengah makanan kegemaran seperti rendang dan nasi lemak mempunyai kecenderungan untuk melekat di antara gigi. Keadaan ini semestinya menimbulkan ketidakselesaan, malah lebih memalukan apabila makanan yang tersekat itu meyebabkan bau mulut.

Justeru, ubat gigi dengan bahan arang menjadi pilihan menghentikan masalah oral seperti ini.

Jenama ubat gigi terkemuka, Colgate kini tampil dengan Colgate Total Charcoal Deep Clean baru, dengan partikel Ultra Mikro Arang, yang menembusi jauh ke dalam kawasan susah dicapai untuk pembersihan unggul di celah gigi.

Direkakan dengan formula unik, ia terbukti secara klinikal untuk perlindungan antibakteria selama 12 jam.

Colgate Total Charcoal Deep Clean juga membantu mengurangkan pembentukan bakteria sehingga 90%* untuk pembersihan mendalam yang unggul.

Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean boleh didapati di semua peruncit dan kedai farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga jualan runcit yang disyorkan iaitu RM 10.60 bagi ubat gigi 150 gram, dan RM18.90 bagi pek berkembar 150g.

Untuk maklumat lanjut tentang Ubat Gigi Colgate Total Charcoal Deep Clean, sila layari http://www.colgate.com.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 9:48 AM