PENCETAK terbaru keluaran Epson.
PENCETAK terbaru keluaran Epson.

Kuala Lumpur: Epson Malaysia Sdn Bhd (Epson) optimis untuk terus menyumbang lebih 40 peratus dalam segmen percetakan industri dan komersial kepada pertumbuhan keseluruhan perniagaannya tahun ini.

Keyakinan itu disandarkan kepada pengenalan produk yang direka khas untuk mencapai tahap kecekapan tinggi, keupayaan serba boleh dan pelbagai keperluan pengimejan profesional.

Pencetak komersial Epson dengan teknologi Micro Piezo dan PrecisionCore menyediakan beberapa penyelesaian percetakan kos efektif, pantas dan fleksibel untuk pelbagai aplikasi termasuk papan tanda, hiasan dalaman, tekstil dan percetakan pakaian, fotografi serta CAD dan lukisan teknikal.

Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasarannya, Danny Lee berkata, syarikatnya berharap dapat menangani cabaran dalam sektor percetakan dengan memenuhi permintaan industri agar membantu pelanggan mengurangkan kos operasi menerusi proses, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan perkhidmatan untuk menjana aliran pendapatan baru.

“Kami menyediakan percetakan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan industri komersial selain ingin membantu bakat industri kreatif dalam memaparkan seni mereka kepada orang ramai,” katanya pada Pameran Perdagangan Teknologi Percetakan Industri Komersial, baru-baru ini.

Percetakan industri komersial Epson didatangkan dalam pelbagai jenis antaranya T Series, F Series, S Series, B Series dan Lab Series.

Semua produk boleh diperoleh di pasaran tempatan dengan harga bermula RM9,988 sehingga RM99,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 10:30 AM