PENGARAH Animation Theme Park Sdn Bhd, Ramelle Ramli (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn Bhd, Darren McLean, menunjukkan rekabentuk tamantema ketika sidang media pelancaran. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Kartun popular, Boboiboy satu-satunya animasi tempatan yang mempunyai zon tarikannya di Taman Tema Studio Filem Animasi (MAPS) yang bakal dibuka di Ipoh, Perak pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta yang menghasilkan Boboiboy, Nizam Razak berkata, Boboiboy bakal mempunyai tiga tarikan utama serta satu kafe yang dinamakan Tok Aba Kokotiam.

"Kami juga bakal memperkenalkan Boboiboy 4D Ride yang menjadi tarikan utama untuk MAPS," katanya.

MAPS adalah taman tema animasi pertama di Asia Tenggara dengan konsep karektor animasi popular seperti Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost.

Sebanyak 40 'ride', menara, pertunjukan kereta lasak secara langsung dan pertunjukan bakal menemui pelawat MAPS.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 4:29 PM