VEET cari 10 peserta untuk kursus intensif modeling dan solekan.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Bagi mereka yang mempunyai gaya serta impian menjadi model, Veet menawarkan peluang keemasan kepada gadis Malaysia untuk bergaya dan menyerlahkan diri mereka dalam Veet Mega Model Search yang bertujuan membantu mereka mengorak langkah dalam dunia peragaan.

Sebagai contoh, duta Veet pelakon Izara Aishah pemenang kedua Dewi Remaja 2009/2010, kini membintangi banyak rancangan TV seperti Keranamu Laila, Vanila Coklat dan Oh My English! Ini menunjukkan untuk menjadi terkenal, mereka memerlukan platform yang sesuai supaya boleh bersinar dalam arena peragaan.

Supermodel dan pelakon Amber Chia pula mula menarik minat pasaran antarabangsa apabila dipilih Paul Marciano untuk menjadi model kempen jam tangan Guess pada 2004. Peluang sekali seumur hidup ini membolehkannya menembusi media lain seperti filem dan televi­syen dan Amber juga adalah pengasas sekolah modeling elit Malaysia iaitu Amber Chia Academy.

Untuk itu, Veet membuka peluang kepada gadis Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun menyertai pencarian ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli mana-mana produk Veet (simpan resit sebagai bukti pembelian), hantarkan gambar terkini anda (satu gambar muka dan satu gambar penuh) ke www.veetmodelsearch.my.

Sepuluh finalis Veet Mega Model Search 2015 akan menghadiri kursus intensif modeling dan solekan serta mengambil bahagian dalam sesi penggambaran. Pemenang dinobatkan pada majlis akhir yang dihadiri tetamu dan rakan media.

Pemenang utama menerima wang tunai RM10,000 bersama produk Reckitt Benckiser bernilai RM1,000 serta gelaran juara Veet Mega Model Search. Pemenang juga mengikuti kursus modeling di Amber Chia Academy bernilai RM8,500 serta menjalani penggambaran dua muka surat majalah bersama Izara Aishah dan Amber Chia.

Pemenang kedua pula menerima wang tunai RM5,000 bersama produk Reckitt Benckiser RM800 serta kursus peragaan di Amber Chia Academy bernilai RM5,000 manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000, produk Reckitt Benckiser bernilai RM500 serta menyertai kursus di Amber Chia Academy bernilai RM3,000. 10 finalis juga berpeluang bersama Amber Chia Academy untuk kemasukan terus ke sesi uji bakat Malaysia Supermodel Search 2015.

Menurut Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia & Singapura Abhishek Chuckarbutty, Veet ingin memberikan gadis di Malaysia satu platform yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini, sekali gus menunjukkan keyakinan diri melalui pencarian ini. Dengan Veet, mereka kini boleh memiliki kulit yang licin dan lembut dan memberikan keyakinan untuk melangkah keluar dengan penuh yakin.

Jelas Izara, ketika menceburi bidang peragaan, dia tidak mempunyai mentor untuk membimbing. Bagaimana pun, dia terus berjuang untuk mencapai impian.

“Saya bernasib baik kerana ditawarkan banyak peluang menarik. Untuk itu, saya memberikan kelas penggayaan kepada peserta Veet Mega Model Search 2015 supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyerlah di pentas peragaan.

“Saya mahu gadis Malaysia tahu bahawa mereka boleh mencapai bintang dan menjadi terkenal, asalkan mereka fokus untuk mencapainya,” katanya. Untuk maklumat lanjut mengenai Veet Mega Model Search 2015 dan tarikh tutup layari www.veetmodelsearch.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 12:58 PM