MANGSA simbahan asid oleh ahli keluarga sendiri menunjukkan wajah asalnya sebelum tragedi itu. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


Butterworth: Mangsa serangan asid Azri Abdullah, 47, yang kini buta, berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara kerana membuka semula kes membabitkan dirinya selepas ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) sejak enam tahun lalu.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara itu dia kemudian menghantar surat kepada pejabat peguam negara supaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes itu.

"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu.

"Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.

Selain itu mangsa turut merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul dana RM160,000 untuk menjalani pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 7:41 PM