Spiridonov bertekad menjadi orang pertama menjalani pemindahan kepala.
Agensi

Moscow: Seorang lelaki yang menghidap penyakit yang membawa maut menawarkan diri untuk menjadi individu pertama di dunia menjalani pemindahan kepala.

Valery Spiridonov, 30, disahkan menghidap penyakit otot ganjil yang dikenali sebagai Werdnig Hoffman dan dijangka hidup selama beberapa tahun lagi.

Spiridonov menawarkan diri untuk menjalani prosedur berkenaan selepas seorang pakar bedah, Dr Sergio Canavero mendakwa dia mempunyai kebolehan memotong kepala seseorang dan menyambungnya semula ke tubuh yang sihat.

Saintis komputer dari Vladimir yang terletak 120 kilometer dari Moscow itu berkata, keputusannya adalah muktamad dan dia tidak merancang untuk mengubahnya.

“Adakah saya berasa takut? Sudah tentu. Ia bukan sahaja amat menyeramkan, malah sangat menarik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2015 @ 7:59 AM