X
Oleh Rabi Atul Adawiyah Ismail

Sibu: Sebelas penghuni Teres Garden, Jalan Sibu Jaya, di sini, cedera dengan seorang daripadanya parah apabila beberapa struktur kediaman mereka runtuh akibat letupan berpunca daripada tingkat bawah rumah pangsa itu, 2.48 pagi ini.

Kejadian menyebabkan tiga unit kediaman rosak teruk dengan sebahagian dinding dan siling runtuh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada letupan yang berlaku di sebuah rumah di tingkat bawah yang dijadikan kedai runcit.

"Bomba masih mencari punca letupan dan sudah mengarahkan semua 40 penghuni kediaman rumah pangsa empat tingkat itu keluar untuk proses pengiraan jumlah keseluruhan penduduk.

"Ia dilakukan untuk mengenal pasti kemungkinan ada mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan," katanya.

Katanya, bomba masih menjalankan siasatan dan 10 yang cedera menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sibu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 3:55 PM
Digital NSTP Subscribe