SANAK-saudara menatap wajah Roslina  buat kali terakhir yang meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
SANAK-saudara menatap wajah Roslina buat kali terakhir yang meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Oleh Jauhariatul Akmal Johar

Rantau Panjang: “Ibu hanya beritahu dia penat dan mahu tidur. Kami tak sangka dia pergi selama-lamanya,” luah Eddy Rosmarisham Kiroman, 17, anak sulung Roslina Othman, 43, yang meninggal dunia kelmarin, akibat kanser payudara.

Kisah Roslina pernah disiarkan Harian Metro 7 Mac lalu, apabila Eddy Rosmarisham dan tiga adiknya berusia sembilan hingga 11 tahun ponteng sekolah menjaga ibu mereka yang menghidap barah tahap empat ketika bapa keluar bekerja.

Mereka semua memberitahu tidak kisah mengorbankan masa remaja demi memastikan Roslina kembali sihat selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2006.

Bagaimanapun, kelmarin wanita cekal itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6.30 petang ketika sedang tidur tanpa disedari anak dan suami, Kiroman Mahmood, 40.

Eddy Rosmarisham berkata, sebelum tidur, dia sempat memicit ibunya sebelum wanita itu memberitahu mahu tidur dan dia serta adik bongsu Azrin Rosman Ikmal Haikal, 9, bermain badminton di halaman rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 7:21 AM