RAKESH dan Nana melancarkan rangkaian terkini mandian badan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Memiliki bau badan yang kurang menyenangkan boleh membuatkan seseorang berasa kurang yakin untuk berada di khalayak ramai. Lebih membimbangkan apabila bau badan yang kuat dapat dihidu selepas kulit berpeluh akibat bersenam atau berada dalam cuaca panas.

Ramai salah faham de-ngan menganggap peluh yang menyebabkan bau badan, tetapi ia kurang tepat. Kita perlu faham pada badan manusia ada tiga hingga empat juta kelenjar yang mengeluarkan peluh.

Terdapat dua jenis kelenjar yang mengeluarkan peluh iaitu eccrine dan apocrine. Secara amnya, kelenjar eccrine terdapat pada semua kulit dan berfungsi untuk menurunkan suhu badan dengan mengeluarkan peluh jika suhu badan menjadi panas.

Berbeza dengan kelenjar apocrine yang terdapat pada kulit yang mempunyai banyak bulu seperti bawah ketiak dan kemaluan. Kelenjar ini hanya akan matang dan berfungsi apabila seseorang itu mencapai akil baligh selain mengeluarkan kimia berbau yang dipanggil feromon.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr Steven Chow berkata, peluh dan bau badan menjadi isu yang biasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Sebenarnya peluh tidak berbau, walaupun ramai orang berfikir sebaliknya. Namun, apabila peluh yang dikeluarkan oleh kelenjar apocrine mengandungi kadar protin yang tinggi dan kekal di permukaan kulit, ia memudahkan bakteria untuk bertindak balas.

“Bakteria berkenaan akan menguraikan peluh menjadi asid lemak yang menghasilkan bau kurang menyenangkan. Justeru, penjagaan kebersihan diri ketika mengalami cuaca panas dan lembap yang tidak menentu di negara ini sangat penting.

“Kebersihan diri yang baik terutama membersihkan badan dengan pembersih antibakteria boleh membantu melawan kuman dan mencegah bau badan,” katanya.

Selain kehadiran bakteria, ada beberapa faktor yang mempengaruhi bau badan seperti makan makanan mengandungi rempah dan bawang putih serta minuman beralkohol.

Kekal kebersihan badan

Memahami kepentingan kebersihan diri yang baik untuk memberi perlindungan badan daripada kuman dan bakteria, Dettol memperkenalkan mandian badan yang dilengkapi dengan ciri antibakteria.

Formulasi baru yang dipertingkatkan itu menampilkan rangkaian terbarunya, Dettol Lasting Fresh bagi membantu melindungi badan daripada kuman yang menjadi punca bau badan.

Menurut Pengurus Pemasaran Dettol, RB Malaysia dan Singapura, Rakesh Kumar Singh, jenamanya berusaha melindungi kesihatan penggunanya sejak 1932.

“Kami komited untuk menyediakan cara yang lebih baik melalui pelancaran inovasi baru rangkaian mandian badan secara kerap. Kami berbangga kerana produk terbaru ini diketengahkan dan diuji pengguna sebelum ia dilancarkan.

“Rangkaian terbaru mandian badan ini juga dianggap relevan untuk masyarakat di negara ini bagi membantu mengekalkan kebersihan badan seisi keluarga selama 12 jam,” katanya.

Ujarnya, rangkaian mandian badan Healthy Fresh Body Wash sesuai digunakan seisi keluarga bagi membantu melindungi kulit daripada ancaman kuman atau bakteria.

Pada majlis pelancaran, selebriti, hos dan ibu kepada dua anak, Nana Mahazan turut berkongsi kebimbangannya mengenai kebersihan dan perlindungan seisi keluarganya daripada kuman serta bakteria.

“Kami mempunyai gaya hidup yang sangat aktif dan menggemari aktiviti luar. Saya menggalakkan anak untuk bermain di luar dan meneroka berbanding bermain permainan elektronik setiap hari.

“Namun, kebimbangan mengenai kebersihan mereka semakin berkurangan kerana menggunakan produk mandian antibakteria yang sesuai digunakan seisi keluarga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 12:18 PM