WALAUPUN baru berusia 15 tahun tetapi gadis ini menukar wajahnya dengan ketara. Gambar kecil, gambar menjalani pembedahan di bahagian rahang, dagu dan mata.
Agensi

Beijing: Beberapa imej mengejutkan seorang gadis berusia 15 tahun yang menjalani pembedahan plastik melampau kini popular di media sosial di China.

Remaja yang berasal dari wilayah Henan itu mempunyai wajah yang cukup pelik sehingga dilabelkan `terlalu cantik untuk dipandang’.

Dia yang menggunakan nama Lee Hee Danae dan dilahirkan pada Mei 1999 itu mempunyai kira-kira 400,000 pengikut di laman sosial Weibo.

Sekeping gambar gadis bawah umur itu mendapat lebih 24,000 `like’ di portal Tencent di China.

Laman sesawang cbg.cn pula melaporkan gadis itu menjalani sejumlah prosedur pembedahan plastik bagi menambat hati bekas kekasihnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 7:13 AM