ZAWIYAH bersama rakan baiknya Ooi.
Oleh Khairulmizan Yahya

Kuantan: Walaupun berlainan kaum dan agama, namun itu tidak menjadi jurang bagi dua wanita ini untuk menjadi sahabat sejati, malah ikatan yang terjalin hampir 40 tahun lalu menjadi ‘penawar duka’ kepada seorang daripada mereka yang kini menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Warga emas, Zawiyah Jusoh, 67, dari Kampung Batu Enam di sini, disahkan menghidap penyakit itu sejak Oktober tahun lalu dan akan menjalani pembedahan pada 20 Mei depan, namun memerlukan bantuan RM6,500 untuk tujuan itu.

Mujur, sahabat baiknya yang ingin dikenali sebagai Ooi, 51, yang bekerja sebagai tukang cuci pejabat di bandar ini ada di sisinya untuk memberikan semangat dan sanggup bersusah-payah berusaha mendapatkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Zawiyah berkata, dia pernah disahkan menghidap penyakit barah rahim pada 2010 hingga terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim selain menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) sejak 2006.

“Ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Oktober tahun lalu, doktor mengesyaki sesuatu dengan keadaan saya dan melakukan ujian sebelum mengesahkan buah pinggang kanan rosak manakala saluran kencing pula sempit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 7:15 AM