MENANGI tiket Royal Pirates dengan Hotlink.

Kuala Lumpur: Maxis Berhad (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menonton persembahan dan menikmati pengalaman khas bersama kumpulan pop rock Korea-Amerika iaitu Royal Pirates yang akan berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Mei dan Kuala Lumpur (3 Mei).

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan perlu merakamkan video atau berkongsi gambar Royal Pirates yang disediakan melalui Facebook Hotlink, Hotlink RED App dan laman web Hotlink untuk memenangi tiket ke persembahan Royal Pirates di salah satu daripada lokasi terbabit.

Setiap 10 pemenang hadiah utama berpeluang meluangkan masa bersama Royal Pirates melalui sesi pengalaman khas dan memenangi dua pas persembahan, 10 pemenang tempat kedua bakal memperoleh satu pas ‘meet and greet’ serta dua pas persembahan manakala 50 pemenang tempat ketiga akan memperoleh dua pas persembahan.

Ketua Prabayar Perniagaan Pengguna Maxis, Navin Manian berkata, Hotlink memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia menyediakan platform bagi pelanggan untuk menikmati pengalaman unik melalui satu aplikasi tunggal dan menawarkan pengalaman epik #LiveLifeLoud dengan membawa satu lagi kumpulan muzik antarabangsa iaitu Royal Pirates.

“Kami benar-benar teruja untuk membawa kumpulan pop Korea terbaru ini kepada peminat Malaysia untuk persembahan mereka yang pertama di sini. Inilah kelebihan Hotlink di mana anda boleh mengharapkan acara muzik terbaik serta ganjaran eksklusif lain yang tidak boleh ditemui di tempat lain,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 7:42 AM