LOJI Manjung 4 bekal 1,000 megawatt tambahan.
LOJI Manjung 4 bekal 1,000 megawatt tambahan.

Kuala Lumpur: Loji janakuasa arang batu Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baru di Manjung, Perak memulakan operasi komersial secara rasmi semalam dengan menyalurkan kuasa 1,000 megawatt tambahan kepada grid kebangsaan.

Kuasa yang dibekalkan oleh loji Manjung 4 itu berupaya meningkatkan kapasiti penjanaan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNB Janamanjung), anak syarikat milik penuh TNB kepada 3,100 megawatt, sekali gus menjadikannya ia sebagai pengeluar tenaga bebas terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Shamsul Ahmad berkata, kilang itu lulus menjalani ujian kelayakan dan kini beroperasi mengikut standard parameter dan 1,000 megawatt tenaga yang dijana itu bersamaan dengan keperluan tenaga elektrik membabitkan dua juta pengguna domestik.

Beliau berkata, TNB Janamanjung juga mengendalikan tiga lagi loji kuasa arang batu dengan gabungan kapasiti penjanaan sebanyak 2,100 megawatt.

Loji Manjung 4 yang terletak di tanah berkeluasan 325 hektar adalah loji janakuasa yang paling cekap di Asia Tenggara kerana menggunakan teknologi pembakaran ‘super ultracritical’ serta telah memenuhi piawaian alam sekitar ketat yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Jabatan Alam Sekitar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 7:45 AM
Digital NSTP Subscribe