Huawei Watch
Oleh Afiq Hanif


Jam pintar semakin mendapat tempat dalam kehidupan peng­guna dan sudah pasti ia menjadi trend paling hangat pada tahun ini.

Beberapa ciri seperti mengesan tahap kesihatan dan boleh dihubung­kan ke mana-mana peranti pintar lain menjadi tarikan inovasi yang diperlukan pengguna.

Terbaru, [email protected] sempat menjengah Huawei untuk melihat sendiri jam pintar elegan mereka iaitu Huawei Watch yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Huawei memperkenalkan jam pintar bentuk bulat menawan dengan paparan AMOLED 1.4 inci beresolusi 400 x 400 piksel dengan 286ppi pada nisbah kontras tinggi 10,000:1.

Ia bermakna, jam Huawei adalah Android Wear paling mengancam dari segi rekaan di pasaran sekarang.

Meskipun menarik, Malaysia bukan antara 20 negara pertama yang akan menerimanya tidak lama lagi, tetapi berbaloi untuk menunggu peranti boleh pakai ini.

Dijangkakan, ia akan dijual pada harga kurang RM1,000 dan harga terbabit ternyata berbaloi bagi peranti seperti Huawei Watch.

Model Huawei Watch ini mempunyai 130 komponen dalam jam yang mempunyai rekaan klasik ala jam buatan Switzerland dengan daya tahan lasak tinggi.

Ia tidak mudah calar dengan satu butang hampir pada angka 2 membolehkan kawalan pada antaramuka jam.

Warna yang ditawarkan nanti termasuk emas, perak dan hitam.

Memandangkan peranti terbabit menggunakan platform Android Wear, ia boleh dipasangkan dengan mana-mana telefon Android 4.3 ke atas dan kemudian mampu menerima SMS, e-mel, kalendar, aplikasi tertentu dan notifikasi panggilan.

Huawei Watch menggunakan Qualcomm 1.2GHz dan simpanan 4GB, RAM sebanyak 512MB dan sambungan Bluetooth.

Dari aspek sensor, ia mengesan degupan jantung dengan sensor 6 Axis selain mengesan pergerakan seperti berjalan, berlari, berkayuh basikal, mendaki dan tidur.

INFO

Huawei Watch

Pengeluar: Huawei

Laman FB: Huawei Device

Ciri: Jam pintar

Pro: Rekaan elegen

Kontra: Tebal

/hm

Murid lelaki darjah lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, Melaka yang didakwa dikangkiti virus Influenza A H1N1 disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam, tadi.

-tamat-4

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 11:52 AM