SEBAHAGIAN penghuni mencari sisa barangan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran. FOTO Hamzah Osman
SEBAHAGIAN penghuni mencari sisa barangan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran. FOTO Hamzah Osman
Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Lebih 100 keluarga setinggan hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Bukit Malut di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 petang itu, kebanyakan penduduk lelaki yang sedang bersiap hendak ke masjid mengerjakan solat Jumaat terkejut melihat api merebak dengan cepat.

Kebanyakan mereka menyelamatkan diri dengan terjun ke laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Yaakob Hassan berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 1.40 petang dan mendapati api marak.

Menurutnya, usaha memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa dibantu polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun tiga orang cedera dan dirawat di Hospital Langkawi

"Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 8:48 PM