TERJEMAHAN dekorasi dengan lampu sebagai penyeri di ruang dapur.

Lampu berperanan penting menentukan gaya hidup anda seisi keluarga.

Pemilik kediaman perlu memasang lampu seawal mungkin sebelum kerja pemasangan kemasan lain seperti siling dan pendawaian.

Ini bagi mengelak risiko atau kos yang besar ketika kerja pemasangan lampu.

Buatlah pemilihan yang tepat lampu sesuai mengikut dekorasi ruang yang anda inginkan.

Jika inginkan latar moden dan kontemporari, jangan campur aduk dengan lampu konsep tradisional.

Pemilihan lampu perlu disesuaikan dengan ketinggian siling dan fungsi ruang. Bagi ruang tamu, jika memiliki ketinggian siling sekitar tiga meter ke atas, gunakan lampu jenis gantung.

Bagi ruang sosial atau santai, penataan pencahayaan yang betul perlu diwujudkan supaya dapat menghidupkan suasana ruang yang mesra tetamu selain meningkatkan fungsi ruang.

Selain itu pastikan juga mentol yang dipilih sesuai dalam menentukan suasana pencahayaan diinginkan.

Kini, terdapat pilihan jenis mentol yang biasa digunakan seperti lampu pendarfluor (fluorescent), mentol pijar (incandescent), halogen atau LED.

Semua jenis mentol ini mampu menghasilkan kesan pencahayaan berbeza pada ruang.

Bagi menonjolkan suasana ruang tamu yang cosy, lampu jenis mentol pijar mampu menghasilkan cahaya warna kuning yang lebih lembut dan tenang.

Antara lampu sesuai di ruang tamu:

- Lampu LED - Ia dicipta dengan reka bentuk baru menarik dengan penggunaan tenaga yang sedikit berbanding lampu pijar dan mesra alam

- Lampu meja- Membolehkan anda mengubah suai suasana ruang tamu lebih dari satu penataan selain memberikan cahaya tambahan. Ia direka dalam pelbagai pilihan menarik termasuk warna, reka bentuk dan tekstur.

- Lampu lantai sesuai untuk semua ruang biar pun anda tidak mempunyai ruang tamu yang besar. Lampu ini mudah dialihkan jika ingin mengubah keselesaan.

- Lampu dinding ia didatangkan dengan pelbagai gaya supaya ruang tamu tampil eksklusif. Bagi mengurang­kan penggunaan elektrik, gunakan mentol LED.

- Lampu siling digayakan untuk mempamerkan kretiviti anda dalam menghias ruang tamu.

- Lampu sorot-memberi pencahayaan pada ruang atau sudut memerlukan. Kebanyakan menggunakan mentol LED untuk penjimatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:01 AM