X
PELBAGAI pilihan lampu hiasan Clent.
PELBAGAI pilihan lampu hiasan Clent.
PENCAHAYAAN memukau menerusi idea ukiran motif unik.
PENCAHAYAAN memukau menerusi idea ukiran motif unik.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Simbahan cahaya daripada kepelbagaian motif dan reka bentuk lampu hiasan mengubah suasana menjadi lebih ceria.

Bukan sekadar menerangi ruang atau sudut tertentu, pemilihan lampu kini melengkapkan dekorasi.

Pemilik Clent Industries Sdn Bhd, Royce Tien How Choon berkata, idea menghasilkan lampu hiasan lantern tercetus menerusi pengalamannya.

Beliau berkata, apabila sukar mendapatkan lampu hiasan lantern atau gantung di pasaran, saya terfikir untuk menghasilkannya sendiri berdasarkan cita rasa dan kesesuaian.

“Akhirnya idea itu dapat saya zahirkan apabila berpeluang mengene­ngahkan rekaan lampu hiasan yang memenuhi permintaan semua pihak.

“Daripada reka bentuk gaya klasik, nostalgia, hingga zuhal, semuanya memperlihatkan hasil kraftangan yang mesra alam dan praktikal,” katanya.

Lampu hiasan itu dihasilkan dalam pelbagai warna termasuk biru, ungu dan natural.

“Ia menerusi rekaan bulat, pentagon, oxtagon dan heksagon dengan dekoratif motif yang mempamerkan ketelitian penghasilan.

“Gaya nostalgia pula diilhamkan menerusi rekaan unik termasuk bentuk berlian,” katanya.

Kebanyakan lampu hiasan lantern Clent lebih tampil natural apabila turut berasaskan kayu selain kaca dan besi.

Malah, bentuk praktikal itu mudah disesuaikan de­ngan pelbagai konsep penataan.

Diserikan dengan motif menarik seperti bunga-bungaan dan abstrak yang menjadi tarikan utama khususnya ketika lampu dipasang.

“Penghasilan motif yang unik antara keistimewaan lampu hiasan kami.

“Kelainan motif dan reka bentuk sering membezakan produk ini selain mengekalkan kualiti serta nilai keindahannya yang tidak lapuk ditelan zaman.

Pada masa sama kepelbagaian warna lampu termasuk ungu yang diterapkan menghasilkan simbahan cahaya unik menerusi pilihan motif dikete­ngahkan.

Penggunaan warna lampu kuning yang sering dikaitkan dengan pencahayaan natural juga tetap kelihatan eksklusif.

Lebih bermakna apabila semua lampu hiasan lantern itu bukan sekadar digantung, tetapi dijadikan hiasan di atas meja atau sudut tertentu.

Berminat, layari www.clent-ind.com atau Facebook Client.O.Lantern untuk keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:02 AM