Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Memiliki gigi yang bukan saja cantik tersusun malah terjaga rapi daripada sebarang kerosakan menjadi impian setiap individu tanpa mengira usia kerana gigi yang cantik mampu menzahirkan senyuman menawan dan memberi pengaruh besar dalam kehidupan harian.

Penjagaan gigi yang rapi tidak tertumpu kepada cara memberus semata-mata kerana perkara yang perlu diutamakan adalah aspek pengambilan makanan harian kerana ia bakal mempengaruhi keadaan gigi sama ada ia kekal cantik tanpa sebarang kerosakan atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan pengambilan gula adalah penyebab berlaku pembentukan kaviti gigi dan semua orang perlu berhati-hati bagi memastikan kaviti gigi tidak menjadi perosak kepada tahap kesihatan gigi.

Perlu diketahui, pengambilan gula tidak semestinya melalui kopi, minuman berkarbonat dan biskut, ia juga boleh didapati secara tersembunyi dalam makanan sihat yang diambil saban hari seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Masalah kaviti gigi boleh dielakkan sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ia antara masalah gigi yang paling mudah untuk dicegah di dunia.

Ketika makan, bakteria di dalam mulut akan bertindak balas dengan gula di dalam makanan dan membentuk asid gula. Asid gula itu menyebabkan tahap pH yang kurang baik dan me­lembutkan enamel yang terdapat pada permukaan gigi apabila proses ini dipanggil pelarutan mineral yang mengakibatkan kaviti.

Colgate Perlindungan Kaviti Maksimum

Bulan Kesihatan Mulut 2015 dengan tema Melawan Asid Gula Menentang Kaviti/Planet Bebas Kaviti memberi tumpuan khusus kepada penyakit paling mudah dicegah di dunia iaitu masalah kaviti gigi yang berpunca daripada gula.

Perlindungan terbaik bagi keluarga untuk melawan gula dan kaviti perlu dilakukan bermula daripada usia kanak-kanak lagi sehinggalah dewasa bagi menjamin gigi bebas daripada masalah paling lazim ini.

Ubat gigi berfluorida selalunya menjadi pilihan utama kerana ia dapat membantu mencegah kaviti dan memastikan gigi keluarga anda sentiasa sihat dan kuat.

Ia juga sesuai digunakan semua peringkat usia dan membantu untuk mengurangkan tahap perlarutan mineral. Setiap hari, enamel pada gigi akan terdedah kepada tindak balas asid gula yang menyebab­kan penghakisan terhadap gigi, namun fluorida tidak meneutralasikan asid gula pada plak gigi.

Peneutral asid gula adalah penyelesaian terbaru untuk mencegah asid gula! Teknologi baru di dalam ubat gigi Colgate Perlindungan Kaviti Maksimum ini dipatenkan dengan baik dan dapat membantu meneutralkan asid gula sebelum ia merosakkan gigi anda.

Dengan kalsium dan fluorida, ia menguatkan enamel bagi mencegah pembentukan kaviti dan ia adalah ubat gigi perlindu­ngan kaviti terbaik untuk keluarga dalam mencapai matlamat ‘Melawan Asid Gula, Menentang Kaviti’!

Ini menggalakkan Colgate untuk mencipta satu teknologi baru bagi mengatasi masalah ini. Ubat gigi Colgate Perlindungan Kaviti Maksimum yang mengandungi peneutral asid gula adalah ubat gigi pertama yang dapat melawan asid gula pada plak - punca utama kepada masalah kaviti.

Dengan adanya fluorida dan kalsium, ubat gigi ini turut menguatkan enamel bagi membantu mencegah pembentukan kaviti pada gigi dan ia ubat gigi terbaik yang dapat melindungi gigi keluarga anda.

Langkah terbaik

Bagi memastikan gigi terhindar daripada kaviti pastikan pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin dan kerap. Bawa anak anda menjalani pemeriksaan gigi untuk kali pertama sebaik-baiknya sebelum mereka mencecah usia tiga tahun.

Sepanjang April 2015, 784 klinik di seluruh negara menawarkan khidmat pemeriksaan gigi secara percuma selain terdapat kios di 12 pusat beli-belah di seluruh negara sebagai satu tanda sokongan terhadap usaha ini.

Selain itu, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan ubat gigi Perlindungan Kaviti Maksimum dengan Peneutral Asid Gula di semua kedai dan farmasi yang berhampiran pada harga RM4.25 untuk 70gram, RM8.60 untuk 160 gram, RM10.95 untuk 225 gram dan pek kembar untuk RM18.45.

Layari www.colgate.com.my/ohm untuk mengetahui klinik pergigian terdekat untuk pemeriksaan gigi percuma anda hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 10:27 AM