Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Muzakarah Fatwa Kebangsaan sekali lagi menegaskan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Sheikh Nazim Al-Haqqani di bawah Syeikh Nazim al-Haqqani bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Bd Shukor Husin berkata, keputusan muzakarah mengenai Tariqat berkenaan tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan sehingga kini selepas diputuskan sebagaimana pada 3 April 2000.

Beliau berkata, isu Tariqat berkenaan timbul selepas ia cuba dikaitkan dengan kumpulan Habib yang terkenal dengan program qasidah dan zikir.

"Saya ingin nasihatkan supaya pihak menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai fatwa dikeluarkan terhadap Tariqat itu.

"Mengenai dakwaan yang mengatakan kumpulan Habib berkait rapat dengan Tariqat ini, setakat ini tiada ada fakta sahih yang boleh mensabitkannya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 1:15 PM