Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang bermula sejak 23 Mac lalu secara rasmi berakhir hari ini dengan Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, di sini.

Istiadat yang bermula kira-kira 9 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin selepas Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latiff Yusoff memulakan majlis.

Lagu turun bendera dimainkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan sebaik bendera diturunkan ia kemudian diserahkan Abdul Rahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli turut menyaksikan istiadat berkenaan bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

Bendera berkenaan dinaikkan pada 16 Mac lepas menerusi Istiadat Meletak Kerja sebagai simbolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 11:44 AM