FOTO Zaman Huri Isa
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang penganggur dipenjara lapan tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan menetak bapanya dengan parang September tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunos menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Aqram Mhd Ariffin, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 September 2014.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan parah terhadap Mhd Ariffin Awang, 57, menggunakan parang di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang pada 8.30 pagi, 5 September2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 1:00 PM