Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia mengekalkan harga asal ke atas menunya sebagai respon kepada pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Urusannya, Stephew Chew berkata, selain menggantikan cukai kerajaan dengan GST, pihaknya memperkenalkan All Day Value supaya pelanggan dapat menikmati perkhidmatan ditawarkan sepanjang hari.

“Kami bukan sahaja menawarkan promosi murah, tetapi memastikan kualiti makanan lebih baik supaya rakyat terus menyokong McDonald’s,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 1:12 PM