FOTO Zaman Huri Isa
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal dipenjara enam tahun di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan merompak seorang pemilik butik menggunakan pedang dan pistol, Julai tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunos menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Sumiyyah Razali, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula darinya ditangkap pada 9 Ogos 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang yang masih bebas didakwa merompak Nor Asuwah Ibrahim, 48, bersenjatakan pedang dan pistol di sebuah rumah kedai di Jalan Padang Tembak pada 10.05 malam, 21 Julai 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 1:15 PM