Jakarta: Anak bongsu Khofifah Indar Parawansa semalam berkata, dia tidak suka ibunya dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Kerja Presiden Jokowi.

Aliman Managali, 14, berkata, tanpa jawatan sebagai menteri pun Khofifah sentiasa sibuk dengan urusan di luar rumah.

“Dulu ibu pernah tidak pulang selama beberapa hari sehinggakan kakak saya tidak mengenali dia.

“Kakak kemudian bertanya: Puan ini siapa?” katanya.

Semalam Jokowi mengumumkan senarai 34 menteri Kabinetnya yang terdiri daripada gabungan golongan teknokrat dan ahli politik.

Selain Khofifah yang dilantik sebagai Menteri Sosial Indonesia, ada tujuh wanita lain yang mendapat kepercayaan Jokowi.

Kata Aliman, berdasarkan pengalaman itu, dia tidak begitu teruja apabila Khofifah dipilih untuk memikul tanggungjawab itu.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:07 AM