Gambar daripada video warga asing bergaduh dengan peniaga.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Akibat tidak puas hati dengan tindakan seorang peniaga makanan di Petaling Street yang menuduhnya tidak membayar wang makanan, seorang wanita dipercayai warga asing bertindak nekad dengan membuka pakaiannya, termasuk coli hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga itu bertumbuk.

Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial dan menjadi ‘viral’ hari ini.

Dalam video yang berdurasi 1.53 minit itu, wanita warga asing berjaket putih pada mulanya mendakwa sudah meletakkan wang di atas meja tetapi dinafikan peniaga berkenaan.

Peniaga itu kemudiannya memegang pergelangan tangan wanita itu yang menyebabkan dia menjerit sambil meronta-ronta supaya dia dilepaskan.

Sebaik berjaya melepaskan tangannya daripada cengkaman peniaga berkenaan, wanita warga asing itu menanggalkan pakaian yang menutupi bahagian atas badannya satu persatu hingga separuh bogel.

Selepas itu, dia mengajak peniaga yang berbadan gempal dan berseluar merah itu bertumbuk dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 6:00 PM