Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


Sebagai peneraju pasaran kawalan serangga de­ngan warisan dan jaminan jenama selama lebih 59 tahun, SC Johnson me­ngorak langkah memperkenalkan rumusan Ridsect Advance serba baru yang diperting­katkan, bukan saja membunuh nyamuk, tetapi juga lalat selain mempunyai bau yang menyenangkan.

Pengurus Besar, SC Johnson & Sons (M) Sdn Bhd, Cristina Ronski berkata, Ridsect mula diperkenalkan pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Katanya, sebelum bermulanya proses urbanisasi, ia sudah digunakan di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah serangga perosak.

"Dengan perubahan zaman, jenama kami turut menerima keyakinan pasaran di bandar. Sejak bermula sebagai racun serangga dalam bentuk semburan, jenama sudah melancarkan pelbagai produk penyelesaian kepada makhluk perosak berlainan dan membawa kepada pe­ngeluaran lingkaran nyamuk, kepi­ngan, cecair meruap dan gel untuk nyamuk, lipas, cicak dan kini lalat," katanya.

Sebagai penyokong kuat usaha pencegahan demam denggi yang turut melaksanakan pelbagai kempen, SC Johnson turut mendidik warga Malaysia mengenai bahaya denggi melalui aktivitinya yang penuh maklumat dan menarik.

Ridsect sejak sekian lama bekerjasama de­ngan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk menerajui program kesedaran memerangi bahaya demam denggi.

SC Johnson komited bekerjasama dengan masyarakat untuk memerangi demam denggi dan menggalakkan penduduk Malaysia menjadikan kediaman mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Pada Mei lalu, sebagai sebahagian daripada jang­kauan komunitinya, SC Johnson menyumbang RM200,000 kepada Kementerian Kesihatan sebagai inisiatif mencegah deman denggi.

Kementerian Kesihatan menyalurkan kesemua dana berkenaan kepada Communication for Behavioral Impact (COMBI) yang bekerja secara aktif dengan pelbagai pihak untuk me­ngurangkan kes demam denggi di Malaysia.

Jenama ini akan terus memacu kesedaran dan pendidikan dalam kala­ngan keluarga untuk memperkasakan mereka de­ngan pengetahuan supaya dapat bertindak menghapuskan nyamuk dan me­ngorak langkah pertama memerangi demam denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:19 AM