MANGSA yang berjaya diselamatkan anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang lelaki berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas terjun ke dalam Sungai Taman Seri Krubong Utama di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang tadi, mangsa yang berusia 50-an itu dipercayai mengalami masalah mental.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan ll, Asraf Abdullah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang, dua jentera dari BBP Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan sudah berada di dalam sungai berkenaan kira-kira tiga jam sebelum berjaya diselamat.

"Ketika tiba di lokasi kejadian mangsa berada dalam keadaan lemah serta hampir lemas dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 6:35 PM