FOTO ihsan bomba
Oleh Hilmie Hussin

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas jarinya tersangkut tombol pintu, di Kampung Gangsa Durian Tunggal, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu, hanya disedari ibu kanak-kanak berkenaan selepas anaknya yang berumur 2 tidak berhenti menangis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan ll Asraf Abdullah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.29 pagi, sepasukan bomba dari BBP Ayer Keroh ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menggalkan tombol berkenaan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan susulan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 7:10 PM