SEORANG budak berdiri di pintu khemah yang dikongsi bersama ahli keluarganya di Kathmandu.
SEORANG budak berdiri di pintu khemah yang dikongsi bersama ahli keluarganya di Kathmandu.
AFP

Kathmandu: Sistem perparitan yang rosak teruk, mayat serta bangkai bertaburan di celah runtuhan dan ribuan orang yang terpaksa tinggal dalam khemah kini mewujudkan kebimbangan penularan penyakit berbahaya di Nepal.

Pakar berkata, Nepal kini mengejar masa untuk memastikan rakyatnya tidak berdepan pula bencana kesihatan selepas dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.8, Sabtu lalu yang mengorbankan lebih 5,000 orang.

Jurucakap Asia Pasifik bagi Persatuan Palang Merah Antarabangsa Patrick Fuller menyuarakan kebimbangan tragedi kedua penularan wabak taun di Haiti selepas gempa bumi pada 2010.

“Ini memang kemungkinan besar dalam persekitaran kurang bersih yang turut melihat orang ramai mendapat bekalan air daripada sumber yang diragui.

“Penularan penyakit dibawa air terutama cirit-birit dan berkaitan pernafasan memang berisiko berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 7:20 AM