Bagi pengguna WiFi yang kerap merungut mengenai kelajuan capaian kurang memuaskan, anda mungkin gembira apabila mendengar syarikat elektronik terkemuka, Samsung bakal membangunkan rangkaian terbabit yang membolehkan pindah turun data 1GB pada kelajuan tiga saat.

Menurut Samsung seperti yang disiarkan di wonderfulengineering.com, teknologi WiFi 60GHz terbabit membolehkan pengalaman pengguna lima kali lebih baik dengan menggunakan peranti sedia ada.

Ia mengatakan, kelajuan sebenar 10 kali lebih laju daripada rangkaian 2.4Ghz dan teknologi 5GHz WiFi pada masa kini.

Syarikat berkenaan dikatakan sudah bersedia membawa keluar teknologi terbabit yang mampu memberikan kemajuan dalam rangkaian Internet pengguna.

Teknologi ini dikatakan sesuai untuk keluasan ruang 15 kaki dan tidak terganggu dengan masalah seperti dinding dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:01 AM