PASUKAN paramedik Hospital Miri membuat pemeriksaan pada jari mangsa.
Oleh Abdul Rahman Adam

Miri: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit selama setengah jam apabila jari hantu tangan kirinya tersepit dalam mesin pengadun tepung ketika membantu ibunya membuat kek dalam kejadian di Jalan Mawar, Piasau Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nasha Nabilla Yusof, 12, tertekan suis mesin pengadun tepung berkenaan ketika cuba mengadun tepung menyebabkan jari tangannya tersepit di dalam mesin itu.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof, 40-an berkata, ketika kejadian, mangsa bersendirian di dapur, manakala dia dan isterinya berada di ruang tamu.

Menurutnya, sebaik terdengar mangsa menjerit kesakitan, dia bergegas ke dapur dan melihat anaknya menangis menahan sakit akibat tangannya tersepit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 7:14 AM