LAPAN pendaki (dari kiri) Zakaria Talib, Zuraini Abdul Malek, Normazlina Abd Kadir, Aminah Ahmad, Jasmi Jantan, Shahidan Ibrahim, Zambri Abd Ghani dan Satyiana Rosli bergambar setibanya di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Seramai lapan pendaki Everest Base Camp yang terkandas di Nepal ekoran gempa bumi baru-baru ini selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 7.15 pagi hari ini.

Mereka tiba ke tanah air dari Kathmandu, Nepal menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan ketibaan pendaki itu disambut ahli keluarga masing-masing.

Semua pendaki terbabit sebelum ini berlepas ke Kathmandu pada 18 April lalu untuk melakukan aktiviti pendakian kaki Gunung Everest setinggi 5,364 meter (m).

Bagaimanapun, mereka hanya menyempurnakan pendakian setinggi 5,000 m dan terpaksa turun semula selepas kejadian gempa bumi di Nepal.

Pendaki terbabit tidak dapat meneruskan pendakian selepas pihak berkuasa kerajaan menutup laluan ke atas ekoran faktor keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 10:01 AM