Anggota bomba berusaha memotong cincin di alat sulit seorang lelaki sebelum mengeluarkannya. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha memotong cincin di alat sulit seorang lelaki sebelum mengeluarkannya. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Tindakan seorang pemuda berusia 20-an menyarungkan cincin di kemaluannya mengundang padah apabila terpaksa menanggung sakit selama beberapa jam selepas cincin yang disarung gagal dikeluarkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi, lelaki itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mengeluarkan cincin pada alat sulitnya.

Menurutnya, doktor yang merawat mangsa bagaimanapun terpaksa menghubungi sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa untuk memotong cincin itu.

"Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bomba dikerah bagi misi membantu pihak hospital memotong cincin di kemaluan lelaki terbabit.

“€œUsaha memotong cincin itu mengambil masa beberapa minit menggunakan peralatan khas milik bomba," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 11:57 PM
Digital NSTP Subscribe