XIAOMI MI4i
Oleh Afiq Hanif


Nama Xiaomi yang pasti tidak asing kini kembali dengan satu lagi telefon pintar menarik, Mi4i yang mempunyai keupayaan kamera mengagumkan tidak setanding dengan harganya iaitu kira-kira RM800.

Mi4i mempunyai teknologi kamera yang dibawakan khas daripada dua nama besar lain iaitu Sony serta Samsung beresolusi 13MP dengan apertur F2.0 serta dwitona flash LED. Hasil yang ditunjukkan pula melalui kamera ini sangat mengagumkan.

Seperti yang dijangka, Mi4i mempunyai telefon dengan reka bentuk yang berbeza daripada Mi4 dengan bahan plastik berbanding kerangka aluminium pada Mi4, boleh dikatakan menyamai rekaan Redmi 2 yang baru tiba di Malaysia.

INFO

XIAOMI MI4i

- Harga: anggaran RM800

- Kenipisan: 7.8mm

- Berat: 130g

- Skrin: IPS 5 inci HD Penuh 1920 x 1080, 441ppi.

- CPU: Qualcomm Snapdragon 615 (Gen2) 64 bit dengan kelajuan quad core 1.7GHz + quad core 1.1GHz

- Grafik: Adreno 405

- RAM: 2GB

- Memori: 16GB (tiada slor kad memori)

- Bateri: 3120mAh

- Rangkaian: Maksimum 4G-LTE

- Kad SIM: Dua slot

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Kamera: 13MP, 5MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 1:38 PM