Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bukan hanya Datuk Lee Chong Wei yang teruja untuk beraksi di Piala Sudirman 2015 Dongguan, jurulatih barunya Hendrawan turut tidak sabar melihat aksi sulung anak buahnya itu selepas penggantungan.

Hendrawan juga bakal berdepan ujian pertama dalam misi membantu bekas pemain nombor satu dunia itu meraih gelaran sulung Kejohanan Dunia dan pingat emas Sukan Olimpik 2016 Rio.

Menurut bekas pemain Indonesia itu, ini kejohanan pertama Chong Wei selepas lapan bulan dan juga tugasan pertamanya membantu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London).

“Saya anggap ini ujian pertama buat saya dan diharapkan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Jelasnya, lebih penting ialah Chong Wei dan suasana pastinya berbeza selepas dia tidak beraksi lapan bulan dalam mana-mana kejohanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 7:08 AM